dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI eSukan LMS - Kesihatan Fizikal Pemain e-Sukan

13 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Februari 2026, telah berlangsung NADI eSukan LMS - Kesihatan Mental Pemain E-Sukan. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta memahami tekanan mental  dalam eSukan iaitu tekanan untuk menang dan buktikan kemampuan, jangkaan tinggi daripada pasukan dan diri sendiri, tekanan semasa perlawanan penting, takut melakukan kesilapan dan tekanan berulang sepanjang musim. Selain itu, peserta memahami emosi semasa bertanding iaitu marah apabila kalah atau buat kesilapan, kecewa apabila prestasi tidak seperti diharapkan, frustasi apabila komunikasi pasukan gagal, emosi boleh mempengaruhi keputusan. Antara lain, peserta memahami dan emosi tidak dikawal boleh jejaskan permainan. Akhir sekali, peserta memahami kesan kesihatan mental terhadap prestasi iaitu keputusan menjadi tidak konsisten, komunikasi pasukan terganggu, mudah salah faham dan konflik, keyakinan diri menurun dan pasukan terjejas secara keseluruhan.

Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.